Rate this book

Nyanyian Tanjung Sepi (2006)

by Noor Suraya(Favorite Author)
4.44 of 5 Votes: 2
languge
English
genre
publisher
Creative Enterprise
review 1: Dan sepi itu terus menghambat aku ke mana-mana sehingga menjadikan aku resah gelisah tiada jalan pulang. Aduhai, masa yang indah itu sudah pergi semuannya... sehingga tidak ada apa-apa lagi yang tersisa untukku di sini. Sinopsis :Mengisahkan tentang liku-liku kehidupan Syarifah Nuur Khalida - Aqmar Aziz – Zainur Arieff – Tunku Dara Aida.Syarifah Nuur Khalida ~ Tidak diduga kedatangannya di hospital untuk menjaga adik saudaranya yang sakit ditimpa kemalangan, rupa-rupannya memercikkan rasa cinta di hati seseorang.Aqmar Aziz ~ Hatinya pernah terluka ditinggalkan sang kekasih. Namun kehadiran seorang bidadari di wad Ortopedik suatu hari itu, memukau matanya. Aqmar jadi terpana dengan wajah si dia yang umpama sang bulan purnama itu.Zainur Arieff ~ Tanpa pengetahuan dia se... morendiri, rupa-rupanya di dalam diam ada gadis yang telah mengukir namanya di sudut hati.Tunku Dara Aida ~ Melepaskan sang kekasih merupakan satu kesilapan yang besar, katanya. Lalu bila bertemu semula, Dara Aida mahu menyambung kembali tali kasih yang telah putus sekian lama dulu.Aku seperti camar yang patah sayap. Aku bagaikan biduk tanpa perhentian. Aku umpama permaisuri tanpa kerajaan. – Syarifah Nuur KhalidaUlasan : Saya beli Nyanyian Tanjung Sepi ini sebab nak kenal sangat dengan Doktor Aqmar Aziz yang selalu sangat namanya muncul di karya-karya penulis Noor Suraya. Pada yang pernah baca novel Jaja & Din juga Surat Ungu Untuk Nuha pasti pernah kenal dengan sebaris nama ni. Nama yang muncul hanya untuk beberapa mukasurat tu rupa-rupanya punya cerita tersendiri. Ya. Di sinilah kisah Doktor Aqmar Aziz bermula. Sentiasa suka pada lenggok bahasa penulis ini. Ini juga buku pertama penulis yang saya baca bukan dari keluaran Jemari Seni. Rupanya lenggok bahasa indah itu memang sejak dari dulu lagi.Cara penulis gambarkan sifat heroinnya yang polos tu buat saya tersenyum. Ya, Khalida itu anak dara yang masih mengintai sang teruna secara diam-diam. Mencuri pandang di sebalik buku. Menyembunyikan senyumnya. Manis. Maklumlah zaman la ni semuanya ekstrem belaka (ehem. Termasuklah yang mengulas ni pun) :pMembaca Nyanyian Tanjung Sepi seolah membawa kita bersama – sama dengan Syarifah Nuur Khalida. Bila mana dia jatuh hati pada pensyarahnya secara diam-diam dia jadi malu-malu dan kita juga akan turut rasa malu-malu. Bila dia jadi meluat dengan Aqmar yang berani-berani merisik dia, kita juga akan rasa meluat dengan Doktor Aqmar. Bila Khalida rasa kecewa kerana si arjuna hatinya sudah pun berpunya, kita akan turut rasa kecewa. Bila Khalida sedih kerana kehilangan sahabat baiknya, kita juga turut rasa hiba.Nyanyian Tanjng Sepi juga membawa kita mengembara masa bersama Khalida. Dari si dara yang tidak betah dengan kerja-kerja dapur, dia menjadi wanita yang matang. Dari anak manja emak, dia berubah menjadi si isteri yang sentiasa bawa bahagia pada sang suami. Bukankah dia permaisuri di kerajaan hati suaminya.Membaca NTS tidaklah sampai menggugurkan air mata , tapi tetap mengundang rasa sebak. Saya kira penulis pandai menyeksa hati pembaca. Sebabnya di dalam cerita ni kita tak akan sampai hati menyalahkan mana-mana pihak pun. Di hujung-hujung cerita, bila beberapa kebenaran mulai terbongkar, kita sebagai pembaca turut rasa serba-salah juga. Turut rasa keliru. Tak ada siapa pun yang selayaknya untuk dibenci.Terima kasih kepada penulisnya Puan Noor Suraya kerana membawa kami pembaca larut dalam kisah cinta yang sungguh menyayat hati ni. Benarlah jodoh itu rahsia Allah. Tiada siapa dapat membongkarnya selagi waktunya belum tiba.Dan tahulah saya kenapa Doktor Aqmar Aziz ini sungguh disayangi oleh penulisnya. Saya kira sayang sebab kak su sentiasa buat cameo pada watak doktor ni.^^5*/5* untuk naskah ini.
review 2: Tajuk buku : Nyanyian Tanjung SepiPenulis : Noor SurayaKeluaran :Creative EnterpriseHalaman : 755 m/sNovel Nyanyian Tanjung Sepi buat ainsabrina lama berfikir sendiri. wujudkah lelaki sebaik Aqmar dalam dunia ini yang bisa mengorbankan cinta sesama manusia semata-mata kerana cinta pada Yang Esa ataupun masih wujudkan lelaki sebaik Zainur yang setia menunggu bidadari tecinta?Sinopsis Kulit BelakangDan sepi itu terus menghambat aku ke mana-mana sehingga menjadikan aku resah gelisah tiada jalan pulang. Aduhai, masa yang indah itu sudah pergi semuanya...sehingga tidak ada apa-apa lagi yang tersisa untukku di sini. Aku seperti camar yang patah sayap. Aku bagaikan biduk tanpa perhentian. Aku umpama permaisuri tanpa kerajaan. Lalu bagaimana lagi harus aku kutip sisa hari-hari mendatang yang sirna itu, bersendirian?Tanpa dia dan tanpa kamu? Aku betul-betul kesepian. Mana hilangnya semua masa lalu yang indah itu? Aqmar: Senyuman itu membuat hutan rasanya terbakar, dan lirikan mata sang bidadarinya membuat beku hatinya bisa cair. Zainur: Beku hatinya pernah 'sekali' cair dengan panahan mata sang dewi cinta. Cintanya pernah hangus pada sinar api renungan dia. Khalida: kekasih, akulah rusuk kirimu yang hilang itu!...................................................Sharifah Nuur Khalida , namanya secantik wajahnya hinggakan Doktor Aqmar Aziz yang sudah membujang lama jatuh cinta. Bagi Aqmar, Khalida ibarat bidadari cinta yang menghangatkan kembali rasa cintanya setelah kehilangan Tunku Dara Aida . Namun sebaliknya pada Khalida, dia lansung tiada rasa buat Aqmar hinggakan dia memberi gelaran doktor gatal pada Aqmar.Sebenarnya Khalida menaruh hati pada pensyarahnya Doktor Zainur Arief. Siapa sangka Zainur juga memendam rasa yang sama. Namun kerana memegang gelaran pensyarah Zainur mengambil langkah perlahan sehinggakan Aqmar sudah awal memulakan langkah.Ekoran kerana janji antara keluarga, Khalida dan Aqmar bersatu. Dari rasa kekok dan benci, akhirnya Khalida dan Aqmar berkongsi rasa yang sama. Namun kebahagian mereka tidak lama. Satu demi satu dugaan menimpa.Dari pemergian ibu tercinta ke pemergian satu-satu zuriat yang ada.Dugaan yang paling mengejutkan adalah apabila Khalida menerima ahli keluarga baru, madunya Tunku Dara Aida. Aqmar dalam diam mengahwini Tunku Dara Aida. Hati yang remuk dek kerana pemergian insan tercinta makin rapuh sukar disembuh.perpisahan akhirnya berlaku.Apakah kisah seterusnya selepas itu? Khalida terus bersendiri atau masihkah ada kasih antara dia dan Aqmar? atau adakah ada insan lain buat dia? bahagiakah Aqmar denagn Tunku Dara Aida?nak tahu lebih lanjut, kenalah baca buku ni ^^Komen Ainsabrina :cerita ni bagi saya menarik.lain daripada yang lain. akhirnya memang tak terjangka. kisah ini bagi saya dekat di hati sebab watak utamanya pelajar perubatan dan yang lebih merapatkan adalah USM itu sendiri walaupun kisah ini masa zaman dahulu kala. Zaman pelajar perubatan USM ada di penang dan ada di kelantan. Sekarang ni semuanya di Kelantan. Itu je yang sama, saya tidaklah secantik Khalida (^_^) dan tidak juga menaruh hati pada mana-mana pensyarah. rasa kelakar pulak. Cerita ni buat saya jatuh cinta habis pada Aqmar dan rasa itu hilang saat Aqmar menduakan Khalida. Habis satu kotak tisu dibuatnya. Dari kisah pemergian ibu Khalida ke Nuur Hannah hingga ke perpisahan Khalida dan Aqmar, saya tak berhenti-henti menangis sampaikan teman sebilik di asrama risau. maaf ye kawan. kawanmu seorang ni emosional sikit.Dari suka pada watak Aqmar hingga ke geram yang amat pada wataknya. Saya betul-betul tidak dapat terima perbuatannya sehinggalah saya tahu perkara sebenarnya, cerita di sebalik perkahwinannya dengan Tunku Dara Aida. Niatnya baik tapi jauh di sudut hati saya tertanya "tiada cara lain ka?". apa-apa pun keseluruhanya cerita ini menarik, plotnya menarik, lain dari yang lain. Yang penting pengakhirannya bahagia walaupun saya berharap pengakhiran yang lain. less
Reviews (see all)
Sugandha
Kalaulah sy. nuur khalida dgn dr.aqmar aziz, sy bg 5 stars utk this novel.either way, a great piece.
Shanehockeyd
berjurai air mata dibuatnya... kalau dah ulang baca sampai 3x tu... maknanya apa ek?
Anand
yeayyyyy berjaya gak dapatkan buku ni as my own collection...
Eddie
Syarifah Nuur Khalida & Zainur Ariff
alyssa
Ada nama saya dalam ni ^_^
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)