Rate this book

INVASI (2012)

by Raja Faisal(Favorite Author)
3.45 of 5 Votes: 5
languge
English
genre
publisher
Buku Fixi
review 1: Aku kurang berminat sikit dengan genre macam ni lagi² ada scene perang²...kalau aku minat, maybe boleh bagi 4 bintang kot. Hehe...apa² pun citer ni mengajar aku supaya tidak mudah give up walaupun harapan hanya tinggal secebis...cuma aku agak benci dengan watak Nora....pada mulanya bukan main patriotik lagi sehingga sanggup berpisah dengan buah hati tapi time betul² hampir nak berjaya lawan Penceroboh, tetiba dia jadi watak yang sangat mengecewakan dalam citer ni, huhu. Ada scene dalam novel ni jugak yang membuatkan aku terharu sehingga hampir menitiskan air mata...hahaha..(sori aku ni terfeeling lebih kot).... ;pOverall this novel is quite good but I'm not into this genre, sorry. ;p Keep it up!
review 2: Malaysia diserang! Tetapi,bukan diserang manusia dar
... morei negara luar,sebaliknya,makhluk asing yang digelar Penceroboh yang menyerang! Kehidupan Ahmad Bayani yang selama ini suka berfoya-foya dan hidup bebas berubah untuk selama-lamanya. Kini,dirinya dan beberapa orang sahabatnya yang terselamat perlu berikhtiar untuk menyelamatkan diri mereka dari serangan dan buruan Penceroboh yang ganas dan begitu rakus membunuh manusia. Namun,faktor keadaan yang mendesak memaksa mereka untuk berjuang menentang makhluk asing penakluk tersebut secara gerakan bawah tanah. Adakah usaha Bayani dan rakan-rakannya itu akan berjaya? Dapatkan naskhah novel yang bertajuk Invasi hasil tulisan Raja Faisal di pasaran dengan segera untuk mengetahui jawapannya!Ini merupakan novel pertama yang saya berjaya habiskan di dalam masa dua hari sahaja! Fakta ini merupakan testimoni yang jelas bahawa novel ini berjaya menarik perhatian saya untuk membacanya dengan kadar segera untuk mengetahui kesudahan kisah di dalam novel Invasi ini. Berdasarkan pengalaman saya membaca novel-novel bahasa Melayu selama ini,inilah kali pertama saya membaca sebuah novel sains-fiksyen yang dihasilkan secara di 'luar kotak'. Apa yang saya maksudkan adalah konsep dan idea penulis yang unik dan tidak dijangka-jangka oleh saya. Saya tidak pernah menjangka selama ini bahawa akan terdapat sebuah novel yang akan ditulis mengenai penaklukan Malaysia oleh makhluk asing! Pada saya,inilah kekuatan novel ini. Ditambah pula dengan gaya penceritaan yang agak santai dan tidak berat (tidak memerlukan pembaca berfikir secara mendalam). Bahasa Melayu yang digunakan pula juga mudah. Malah,terdapat juga bahasa rojak dengan penggunaan bahasa Melayu yang diselang-selikan dengan bahasa Inggeris terutamanya di dalam dialog. Justeru itu,pembacaan tidak menjadi bosan dan mampu menarik golongan remaja yang mungkin tidak begitu suka membaca novel yang menggunakan bahasa Melayu standard. Pembinaan watak,terutamanya watak utama Bayani juga saya fikirkan logik dan menarik.Namun begitu,terdapat beberapa isu atau perkara yang saya fikir menjadi kelemahan novel ini:Pertama;Unsur-unsur 18SX di dalam novel ini pada hemat saya tidak perlu disertakan untuk menarik perhatian pembaca sebenarnya. Malahan,ia hanya merosakkan minda para pembaca,terutamanya kepada golongan remaja,yang menjadi golongan sasar utama yang akan membaca novel ini. Konsep 'Serangan Makhluk Asing' sudah cukup untuk menarik perhatian pembaca.Kedua;Tidak cukup dengan sebuah buku sahaja! Pada pendapat saya,kisah novel ini boleh dipecahkan kepada beberapa sekuel (atau prekuel?)di dalam beberapa novel. Atau,muka surat perlu ditambah. Dengan hanya 310 muka surat sahaja,saya dapati terdapat beberapa lompang di dalam penceritaan yang boleh diisi oleh penulis. Sebagai contoh,punca sebenar Bayani ditinggalkan oleh ibunya tidak dijelaskan dengan nyata dan teliti. Malah,penulis juga melakukan 'skip'. Saya dapati,terdapat beberapa bahagian yang penulis 'skip' itu boleh diisi dengan penceritaan untuk memantapkan lagi jalan cerita novel.Ketiga;Realisme. Terdapat beberapa perkara yang tidak logik dan realistik di dalam novel ini. Sebagai contoh,bagaimana peluru pistol yang berkaliber 9mm boleh membunuh dengan mudah seekor makhluk Penceroboh dengan mudah? Sedangkan tubuh makhluk asing tersebut digambarkan bertubuh sasa dan bersaiz besar. Melalui gambaran ini,jelas tubuh Penceroboh tegap dan sepatutnya tidak mudah ditumpaskan dengan hanya tembakan pistol sahaja.Keempat;Linear dan ideal. Plot dan jalan cerita Invasi agak linear dan boleh dikategorikan 'straight-forward' serta agak 'ideal'. Kekurangan faktor-faktor seperti thriller,realisme,'twist' dan lain-lain sedikit sebanyak merendahkan mutu penceritaan. Sebagai contoh,manusia yang terselamat digambarkan seolah-olah tidak mempunyai perasaan terdesak dan perasaan pentingkan diri. Pada pendapat saya,bila manusia berada di dalam keadaan terdesak dan mementingkan diri sendiri,pasti akan wujud konflik antara kumpulan-kumpulan manusia untuk merebut sumber-sumber yang membolehkan mereka meneruskan kelangsungan hidup masing-masing. Malah,mungkin akan wujud pengkhianatan sesama manusia seperti membuat pakatan dengan Penceroboh untuk memastikan sesebuah kumpulan manusia yang berpakat dengan makhluk asing itu tidak dibunuh dan diberi ganjaran. Namun demikian,saya masih beranggapan bahawa novel Invasi ini berjaya dihasilkan dengan baik. Disarankan kepada mereka yang sukakan novel sains-fiksyen. less
Reviews (see all)
will
Superlove the book! Superlove the cover too. I hope to see more sci-fi books from the author
tee
Citer nih bestttt, nangis2 bacaMMg giler lah imaginasi penulis tuh
Noobyboo
aku tak tahu, ianya klasik atau klise.
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)