Rate this book

Sha & Shah (2000)

by Sha Ibrahim(Favorite Author)
4.04 of 5 Votes: 5
languge
English
genre
review 1: Separuh masa pertama......Babak Sha dilamar, godaan Shah, gangguan si Iskandar... aku terbuai-buai dengan BFF Sha & Shah. Sweet, cute-muit, tersengih, tersenyum, geram, meluat..... all in one.Separuh masa kedua.......Penat menyelak helaian demi helaian (dan hati berbicara "bila nak habis ni?"). Terlalu meleret....... rasa mcm baca buku panduan 'cara2 menangani suami/isteri merajuk 101'.....aduhhhh
review 2: Kisah BFF (Best Friend Forever) yang bertukar status kepada suami isteri. Orang selalu kata, mustahil seorang lelaki dan seorang perempuan boleh 'berkawan baik' tanpa ada terselit 'perasaan' lain bersama. Mampukah mereka mengemudi rumahtangga yang berasaskan hubungan sahabat ini? Farisha (Sha) menerima lamaran Faiz Ameerul Shah (Shah) kerana tak tahan deng
... morean pujuk rayu Shah yamg mahu menyelamatkan diri daripada berkahwin dengan pilihan ibu bapanya. Yelah, daripada berkahwin dengan perempuan yang tidak dikenalinya, lebih baik berkahwin dengan sahabat baik sendiri kan? Sekali fikir, Shah ni sebenarnya macam selfish juga. Sebabnya, lepas berkahwin dengan Sha, dia masih tetap teruskan perangai dan tabiatnya yang suka bertukar-tukar teman wanita sama seperti sebelum berkahwin dengan Sha. Haish. Sha juga yang jadi penyelamat bila cerita-cerita tak elok tentang Shah terpapar dalam akhbar dan tabloid.Namun, segala-galanya berubah bila Shah mula menyedari yang dia mula jatuh hati kepada isterinya sendiri. Maka bermulalah sesi memikat si isteri. Sha pula sebenarnya memang dah lama menyimpan perasaan pada Shah, cuma sebab dia sayangkan persahabatannya dengan Shah, perasaan tu disimpan elok-elok dalam hatinya. Cuma bila Shah dah mula memikat, takkanlah nak terus cair kan? Haruslah main tarik tali juga. :)Bila hubungan suami isteri sebenar telah terpatri, bermulalah cabaran hidup sebenar mereka. Berjayakah mereka menongkah arus cabaran dan dugaan selepas bertukar 'status' ini?Komen saya: Jujurnya saya seronok baca kisah ini. Plot yang mudah tanpa banyak konflik yang menyakitkan hati. Cuma awal-awal pembacaan, saya memang banyak sakit hati dengan perangai Shah. Hehe. Tahniah buat penulis. Moga bakal lebih banyak ilham untuk kisah-kisah seterusnya. less
Reviews (see all)
vick
saya suka sangat cerita ni.. ulang sampai 2 kali memang terbaik dr sha ibrahim
Krhen
1st quater so sweet. Lepas tu lemau yg amat. Letih nk mengabiskan.
fkarsky
terbaik...
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)