Rate this book

Ketupat Cinta [Musim Pertama] (2009)

by Faisal Tehrani(Favorite Author)
4.35 of 5 Votes: 1
languge
English
genre
publisher
Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd (378533-T)
series
Ketupat Cinta
review 1: Ketupat Cinta tulisan Faisal Tehrani ini merupakan satira politik semasa yang dipersembahkan dalam bentuk gaya penulisan lama. Berlatar belakangkan zaman Melayu Melaka, Ketupat Cinta membawa pembaca mengikuti perjalanan hidup seorang gerau (tukang masak) istana yang bernama Tun Lepat sehingga terfitnah meracun Sultan Alauddin lalu dipenjarakan.Pembaca dibawa mengimbas semula ke zaman Parameswara dengan gerau dirajanya merupakan bapa saudara Tun Lepat iaitu Musa Al-Kadzim. Pergolakan politik istana dengan kisah perebutan kuasa di antara permaisuri Kamarul Ajaib, Cik Lo'Lo' Ganish dan Tun Rosjah serta pembesar-pembesar yang gila kuasa dijalin dengan baik. Turut diselitkan ilmu berkenaan pelbagai jenis masakan dan juga ilmu agama.Ketupat Cinta menggambarkan bagaimana kerana k... moreuasa, seseorang itu boleh berubah. Orang beragama boleh membuang agamanya. Kerana kuasa, orang sanggup membunuh, memfitnah, menikam sekutu dan melakukan apa sahaja. Oleh sebab ianya adalah satira daripada situasi semasa, ada peristiwa dan kejadian yang berlaku boleh menyebabkan pembaca tersenyum sendirian.
review 2: Banyak perkataan baru (mungkin boleh dikatakan bahasa orang lama) yang aku pelajari... yang mana orang dulu-dulu selalu gunakan tetapi jarang sekali digunakan oleh generasi masa kini. Sebagai contohnya, opah aku ada sekali sekala menyebut beberapa perkataan yang terdapat di dalam novel ini dan aku pernah bertanya akan maknanya tetapi jarang sekali aku menggunakannya kerana tiada regu dan kadang-kadang tak tahu bila masa untuk menggunakannya kerana bahasa sebegini tak pernah aku pelajari semasa di sekolah dulu... less
Reviews (see all)
Ksp
tak tahu. bila nak baca sekali lagi...
ClaireC409
best sangat citer nih...!!!
kazman01
lapar~
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)