Rate this book

Tiga Kali Seminggu (2010)

by Faisal Tehrani(Favorite Author)
3.79 of 5 Votes: 3
languge
English
genre
publisher
Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd
review 1: Memang banyak koleksi cerpen2 didalamnya. Pelbagai 'rencah' dapat dirasai. Cerpen tiga kali seminggu mengundang banyak tanda tanya. Cerpen Bulan penuh di Saigon mengingatkan saya kepada mama tercinta. Bagi cerpen Hajah Abidah memang mengusik hati. Cerpen Perlak Emak membuatkan saya ingin memiliki sebuah rumah yang mempunyai perlak dan taman melayu yang indah. Dan Cerpen Kegawatan mengingatkan diri saya bahawa segala harta benda dan pembangunan boleh ditelan bumi jika diizinkan tuhan dan ketika itu baru manusia sedar akan kealpaan mereka selama ini.
review 2: Seperti biasa, karya FT penuh isi, ada unsur humor, pastinya ada yang sinis menyindir dan menegur.Isunya lebih terkini, membawa kita melihat masalah masyarakat dari dalam ke luar, inside out.Bukan seperti s
... moreelalu outside in, yang kita lakukan.Paling terkesan dengan cerpen Setelah Diciptakan Adam.Isu feminisme yang cuba diketengahkan barat sebenarnya penuh lompang, tapi kita sebagai muslim,yang punya panduan hidup lengkap ada yang membuta tuli mengikut aliran feminisme.Nak dikatakan tak terpelajar, ada yang boleh berhujah kononnya tinggi akademik. Tapi, sebenarnya manusia sebegini menggali lubang kubur sendiri. Memperjudikan nasib wanita, padahal Islam telah lama mengangkat martabat wanita sama taraf dengan lelaki. Kita mungkin nampak tak sama, tapi peranan kita sesuai dengan fitrah kita.Itu yang gagal difahami golongan feminis.Moga kita bukan tergolong dalam golongan tersebut.Juga cerpen terakhirnya yang jauh ke hadapan.Tak mustahil.Terhantuk menyedarkan kita, melihat sisi pemikiran dari dua orang yang berbeza. Hakikat yang tak boleh dinafikan,sarat dengan teguran. Orang yang belum menerima bala memang benar-benar belum faham apa erti nikmat dan rahmat.Pastinya lebih banyak yang menarik. Atau setiap halaman sememangnya menarik. Tak rugi pastinya. less
Reviews (see all)
Audra
awesome! speechless(tu pasal tak taip banyak).. kene bacalah!!!
pebz
Menjawab beberapa persoalan akidah dan cinta:)
Mel91
agak menarik ,lebih menarik nampaknya .
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)