Rate this book

Manikam Kalbu (2007)

by Faisal Tehrani(Favorite Author)
4.33 of 5 Votes: 4
languge
English
genre
publisher
Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia
review 1: Pembacaan aku ketika membaca Manikam Kalbu tergendala sebentar berikutan kelas memandu yang tidak sudah-sudah dan berakhir dengan test JPJ semalam. Hasilnya bukan sesuatu yang menggembirakan malah aku gagal dalam ujian ini, atau dalam bahasa memandunya, "kandas'.Mungkin sahaja aku patut habiskan Manikam Kalbu sebelum aku menghadiri ujian ini. Mungkin juga aku akan lebih bersedia dan lebih terhibur, relax agaknya.Apapun, biarlah. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.Begitu juga dengan pembacaan ini.Menyoroti kisah Ziryab, aku juga turut kagum dengan minatnya dan sikapnya yang tidak peduli dengan pandangan sinis masyarakat tentang seorang lelaki melibatkan diri dalam dunia fesyen dan busana. Biarpun diejek malah diajak bertumbuk, aku jadi suka melihat sikap Ziryab yang ti... moredak ambil pusing tentang provokasi sekeliling. Cabaran Ziryab mungkin terletak kepada keadaan neneknya yang sudah tidak mengenali cucunya. Turut diselitkan dengan kisah purbakala dengan Manira menjadi penglipur lara. Ceritera Manikam Kalbu dikisahkan, pengembaraannya dijadikan bualan.Menarik. Sesuatu yang baru.Tahniah saudara Faisal Tehrani!Cuma 4 bintang sahaja yang mampu aku berikan sebagai manusia yang tidak tahu apa-apa tentang benang, mesin jahit dan busana tradisional. Baju kurung dan Baju Melayu tahulah. Sedih sekali.
review 2: Firman Allah bermaksud: Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.(Surah al-Akraf, ayat 26)Tidak salah kalau dikatakan ilmu/ilham pertama yang sampai kepada Adam adalah bagaimana berpakaian dan menutup aurat. Buku ini adalah segalanya tentang pakaian dari benang dibuat kain, dikelim dan dijahit menjadi pakaian untuk menutup aurat bagi lelaki dan juga perempuan.Seperti biasa FT dengan stail penulisannya berjaya mengolah cerita yang secara umum nampak biasa-biasa sahaja namun penuh dengan maklumat berguna mengenai busana melayu dan nusantara.Yang pasti drama Manikam Kalbu yang ditonton pada hari raya tahun lepas (2010) sememangnya tidak sama malah jauh dari adaptasi yang diharapkan. Makanya lebih berselera lagi jika punya peluang untuk membedah novel Manikam Kalbu ini. less
Reviews (see all)
lucie
this boook......very best n the best that from F.T.....
Dragongirl
menarik dan informatif
jess
the best book ever.
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)