Rate this book

Bedar Sukma Bisu (2007)

by Faisal Tehrani(Favorite Author)
4.09 of 5 Votes: 6
languge
English
genre
publisher
Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.
review 1: Berkisarkan tentang ekonomi negara dan keunggulan pertukangan perkapalan melayu. Bedar Sukma sebuah syarikat perniagaan turun menurun yang diterajui Dr. Wefada secara mendadak kerana merupakan waris paling layak selepas abangnya Waqeel. Badai kehidupan lampau telah membawanya jauh daripada lautan dan berkeputusan untuk hanya berbakti di darat melalui akademik bidang ekonomi. Namun darah diraja melayu dan pelaut Oran yang mengalir dalam pembuluh menjadi pendorongnya sebagai nakhoda wanita yang akan mengemudi Bedar Sukma membelah gelora lautan perniagaan. Kehadiran Elemaine atas nama pelajar yang bernas buah fikir dan juga sahabat kepada anaknya Haiqal, perlahan-lahan menyingkap kembali pintu hati yang sekian lama terkunci rapi. Di situ bermula semula ombak perasaan yang sel... moreama ini tenang tanpa sebarang riak-riak kecil sekalipun. Seperti jangkaan awal, Dr. Faisal Tehrani tidak pernah gagal mempesona dengan kehebatan warisan melayu dan kali ini menerusi bahtera.
review 2: Semasa membaca novel ini, saya terasa seolah-olah ada bayangan Sidney Sheldon di dalam gaya penulisan Faisal Tehrani kali ini.Sidney Sheldon memang gemar sekali menampilkan watak wanita sebagai watak utamanya. Wanita yang berjaya dalam kerjaya, mempunyai segala kelebihan yang pasti dicemburui wanita lain; iaitu dari segi kecantikan, kekayaan, bakat, kepandaian, kesungguhan, dan macam-macam lagi. Sungguhpun FT tidak pula menyatakan secara terperinci akan sifat fizikal Wefada dalam Bedar Sukma Bisu (BSB) seperti Sheldon, tidak dapat tidak saya sebagai pembacanya merasakan elemen Sheldon wujud dalam novel ini.Inilah kali pertama saya menjamah novel FT yang menyelitkan unsur percintaan. Walaupun itu mungkin bukan tema utamanya, saya merasa seperti 'diasak' bertalu-talu dengan perjalanan cinta dalam hidup Wefada. Mahu tak mahu, akhirnya terbuai dan terpesona juga dengan kisah percintaannya, tetapi tiba-tiba dicantas pula dengan akhiran yang tergantung! Aduh!! Geram sungguh saya pada Faisal Tehrani. Semacam menonton cerita Sommersby lakonan Jodie Foster dan Richard Gere pula.Sememangnya novel ini seperti karya FT yang lain tidaklah mengecewakan, tetapi saya agak terkilan dengan akhiran yang tergantung, yang memaksa pembaca membuat kesimpulan sendiri.Hmm, mungkinkah ada sambungan novel (sequel) BSB nanti? less
Reviews (see all)
Sharon
Keseluruhan plotnya mendatar, ada bahagian-bahagian tertentu amat perlahan hingga membosankan.
bass
banyak membicarakan tentang ilmu pembuatan kapal-jarang-jarang orang tahu
DarkScience
Good narrative on sea and ships.
Tanner
their culture
whonoc
terbaik.
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)