Rate this book

Hijab Sang Pencinta (2008)

by Ramlee Awang Murshid(Favorite Author)
4.44 of 5 Votes: 5
languge
English
genre
publisher
Alaf 21 Sendirian Berhad
series
Laksamana Sunan
review 1: Siri terakhir trilogi epik RAM ini adalah peleraian segala persoalan yang ditinggalkan daripada Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu. Sesuai dengan tajuknya, segala hijab akhirnya terbuka namun diceritakan mengikut batas logika akal. Dan kali ini musuh utama adalah Manggala, manusia serigala berasal dari Tibet yang diangkat oleh Taghut. Sedikit kelainan pada Hijab Sang Pencinta (HSP), Sunan mengembara bersendirian tanpa teman dan berlatar belakangkan belantara Sumatera. Selain itu, HSP masih sarat dengan pertempuran dan pertembungan antara kebaikan dan kejahatan yang seakan tiada berkesudahan sesuai dengan janji iblis hingga ke hari kiamat. HSP juga membawa kelainan apabila Sunan pula yang hadir ke abad 21 setelah tertidur di dalam gua berdekatan perkuburan bondanya, Sulima... moreh. Hikmahnya, Sunan telah berjaya menyelamatkan Haryani dan Dani daripada bangsa manusia serigala seterusnya menghapuskan baka Manggala, si jenglot daripada hidup semula dengan mencampakkannya ke dalam kawah Gunung Anak Krakatao.Pada pengakhiran HSP, Sunan telah melamar Haryani sebagai isteri namun ditembak oleh Hamid, pengikut setia Ibnu Misad dan ‘menghantarnya’ pulang ke kurun 15. Ketika itu, Portugis telah melanggar Melaka. Meminjam kata ayah Yam, akhirnya setiap cerita pastilah kematian, begitulah jua HSP. Sunan telah meninggal dan sejarah hidupnya yang sering meningkah kebiasaan mungkin menjadi musabab mengapa tiada catatan mengenai Laksamana Sunan di mana-mana. Ah, sebuah penghidupan serupa Laksamana Sunan tidak memerlukan dendangan sejarah, cukuplah rakaman RAM dalam triloginya.Sebagai penambah perisa, RAM memasukkan watak Gimbaran, Awang Bagan, Putri Kober Gindring dan Saliha. Juga sedikit kisah bagaimana Hang Tuah dapat merampas keris si Taming Sari daripada perajurit tua Majapahit yang sedang mengamuk itu. RAM juga tidak lupa membuat homework mengenai lokasi-lokasi di Sumatera seperti Palembang, Tulang Bawang atau Sai Bumi Ruwa Jurai dan suku bangsa seperti suku Sebatin dan Pepadun.Kesimpulannya, trilogi ini selayaknya diangkat sebagai kerja tangan epik RAM kerana aliran ceritanya ibarat air sungai dari pergunungan. Ada kalanya mengalir deras, ada kalanya merbahaya ketika melalui jeram dan lubuk, ada kalanya tenang dan mendamaikan, namun air itu tidak pernah berhenti mengalir dan terputus. Banyak ranjau yang menghalang aliran ini, namun sungai tetap berjasa kepada kehidupan, walau budinya sering dilupakan. Begitulah ibaratnya Saifudin alias Laksamana Sunan. Andai ada di kalangan penggiat seni yang masih mencari manuskrip kisah pengembaraan untuk diangkat ke layar perak, inilah jawabannya. Kerana trilogi ini setanding Lord of the Ring, bahkan lebih hebat lagi.
review 2: Finally I managed all three books! :D This trilogy is truely awesome. I love Laksamana Sunan very much. :) After all, I couldnt feel satisfy when it comes to the ending part of this book. I was kind of fascinated when Saifuddin is going to marry Haryani. But he was killed then and were throwed back to fifteenth century. Anyway,gonna look for another thriller novels by RAM next time :)U guys should try. less
Reviews (see all)
jennifer
one of the "BESTEST" malay novel eva....................
Read4
triologi yang hebat
cameran
it interesting...
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)