Rate this book

Rayyan Fantasi (2010)

by Ramlee Awang Murshid(Favorite Author)
3.9 of 5 Votes: 3
languge
English
genre
publisher
Alaf 21 Sendirian Berhad (276419-A)
review 1: Kenangan zaman kanak-kanak yang meminati cereka mengenai makhluk asing menyerang bumi seperti ‘V’ menjadikan aku tertanya-tanya, “Apakah mungkin makhluk asing mendarat di Malaysia?”Dan membaca Rayyan Fantasi (RF), Ramlee Awang Murshid (RAM) bukan sahaja membuktikan setakat mendarat, tetapi ‘menculik’ kita ke satu planet mereka iaitu Yuk’kaa. Tanpa mengorbankan banyak neuron otak untuk memahami terminologi yang ntah apa-apa, RAM membawa kita dari pergunungan di Sabah, kampus UKM di Bangi dan Yuk’kaa dengan penuh rela. Satu persatu sejarah hidup Aiddin bersama ayahnya, Ibrahim akhirnya tersingkap sehingga membuktikan bahawa mereka adalah sebenarnya alien.Seperti biasa, RF juga di’bumbu’ dengan elemen kelebihan makhluk asing berbanding manusia bumi, kisah... more peperangan menentang Singgora dan elemen percintaan Aiddin @ Rayyan dengan Feena buat menjadikannya suatu hidangan eccentric. Sesungguhnya, RAM memang hebat menambat minat pembaca agar terus terusan menyelak helaian demi helaian sehingga ke muka surat terakhir.Secara peribadi, RF adalah suatu usaha RAM membawa genre yang kurang diteroka penulis tempatan. Hanya mungkin, pada awalan kisahnya plot cerita agak mendatar dan perlahan. Ah, barangkali ia disengajakan untuk melihat sesetia mana peminat RAM melayan setiap karyanya.“Another good reading, kudos!”
review 2: Membaca karya RAM ni seperti aku menonton filem Starwars je. Watak Aiddin/Rayyan dan Ibrahim/Mij-Gillion sememangnya memerlukan aku berfantasi luar biasa. Baik daripada segi watak, tempat dan laras waktu. Semuanya perlu seiring ketika sedang membelai naskhah ini. Mujur juga sudah biasa dididik dengan stail RAM yang akan bercerita dengan tidak mengikut susunan waktu, maka tidak terasa kejanggalannya. Tetapi ada masanya aku perlu juga membelek-belek halaman terdahulu sebab lost hik3 lalala5 :PAiddin dilihat sebagai anak muda yang punya segala-galanya. Ada ayah, ibu tiri yang begitu mengasihinya serta datuk yang amat menyenangi dirinya. Namun ada sesuatu yang dirahsiakan daripada Aiddin malah daripada semua isi keluarga Ibrahim. Rahsia susur galur Aiddin dan juga diri Ibrahim sendiri. Siapa mereka berdua dan bagaimana boleh tercampak ke dunia asing iaitu bumi, Malaysia khususnya.Ya, ini kisah makhluk asing [baca: makhluk fantasi] yang ‘melarikan’ diri ke bumi dan bagaimana mereka berdua hidup dalam suatu komuniti masyarakat di Malaysia. Tak banyak bezanya hidup di Yuk’kaa mahupun bumi, ada dunia gelap dan ada yang putih. Dan kerana kegelapan itulah Ibrahim membawa waris tunggal kerajaan Yuk’kaa jauh ke dunia lain. Dia tidak mahu warisnya diapa-apakan namun takdir Tuhan tidak dapat dielak.Ketika usia Aiddin mencecah 21 tahun, dia disahkan menghidap barah otak tahap empat. Tiada apa yang lebih mendukakan buat seisi keluarga tetapi Ibrahim tahu inilah masanya Aiddin akan kembali nun ke sana, di Yuk’kaa. Aiddin meniti sisa-sisa hidupnya dengan melakukan apa saja yang dia mahukan. Salah satunya mendaki Gunung Kinabalu bersama Feena; tunangnya dan juga rakan sekuliah. Impiannya terlaksana tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan.Insiden kehilangan Aiddin menggegarkan Malaysia. Pelbagai cara digunakan untuk menjejaki Aiddin tetapi hampa kerana semuanya menemui jalan buntu. Hanya Ibrahim tahu ke mana hilangnya Aiddin dan kerana itu dia redha. Lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula dan sejak itu berlaku kisah pembunuhan ngeri. Apa kaitannya dengan kemunculan Aiddin? Kisah di Yuk’kaa memang hebat. Sejarah sebenar kehidupan Ibrahim atau pun lebih dikenali dengan Mij-Gillion; raja terbilang di kerajaan Yuk’kaa. Kisah para penghuni Yuk’kaa yang berlainan bangsa. Kesemua wataknya memang dibina dengan baik, begitu juga dengan peperangan dan perjuangan Rayyan mengembalikan takhta yang dirampas. Terasa aku juga seperti salah seorang daripada bangsa di dunia fantasi itu [berangan! hik3 lalala5]Itu yang membuatkan aku sanggup menonton kembali Starwars hahaha5 Dan kebetulan ketika membaca novel ini, ada kisah Alien vs Predator di TV2. Wah! Bagai berjanji pula hik3 lalala5 :PPenghujung cerita ini seperti ada yang tertinggal [mungkin aku je yang rasa begitu kih5]. Kisah di sebalik batu berkilat di Jajahan Karuh itu seperti sengaja ditinggalkan tidak berjawab. Mungkinkah ada kesinambungannya? Tak tahu, tunggu dan lihat saja. less
Reviews (see all)
prp
setakat ni menarik
300884virgy
Best...
Austin
4'% ★
emilyvb
Funny
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)