Rate this book

9 Nyawa (2009)

by Ramlee Awang Murshid(Favorite Author)
3.86 of 5 Votes: 5
languge
English
genre
publisher
Alaf 21 Sendirian Berhad
review 1: Membaca 9 Nyawa sangat mengujakan perasaanku. Kulit depan ada gambar mata kucing, sinonim dengan mitos kucing punya 9 nyawa, barangkali. Aku suka 9 Nyawa kerana plot ceritanya pantas, biar sebentar flashback, ke hadapan, flashback dan kembali ke masa sebenar, ianya tidak memenatkan, bahkan menghiburkan. Maybe dah biasa dengan Fiksyen 302. Opss, tak patut banding-bandingkan karya RAM kerana semuanya adalah bagus.Peneraju utama 9 Nyawa adalah Hakim yang buta penglihatan zahir tetapi celik mata hatinya. Diberi anugerah mampu berinteraksi dengan mereka yang terperangkap di alam koma atau dimensi ‘ambang kematian’. Dari situ Hakim bertemu Intan Suryani, pewaris tunggal D’Diamond yang mempunyai asset billion ringgit. Kenapa kedua-dua watak ini penting? Kerana segalanya be... morerlegar seputar kisah mereka.Meski, aku lebih suka watak Khairil aka Carl, si antagonis. RAM sangat bijak menyembunyikan Carl sehingga babak-babak terakhir ibarat saving the best to the last. Haha, kiranya Carl tidak terkalah dengan kejahatan watak Zonan dalam 302. Mungkin suatu hari nanti RAM boleh mengumpulkan watak-watak antagonis ini membentuk evil pack yang sangat mastermind.Apa pun, 9 Nyawa tetap cukup ramuan untuk diangkat ke filem andai masih ada penggiat seni yang percaya bahawa karya yang baik tidak semestinya terikat dengan selera melankolik dan ayat cair mencair sahaja atau rempit merempit yang tak sudah sudah. Tiada komen mengenai 9 Nyawa Cuma barangkali tak perlu meletakkan wajah mana-mana watak di muka kulit kerana aku rasa watak yang wujud dalam imaginasi pembaca cukup ‘istimewa’ dan tak perlu dipaksa-paksa tak kira samada pemain utamanya mahupun pemain pembantu.
review 2: Selesai sudah membaca novel 9 Nyawa dalam likungan masa sepetang (slps blk shj dr sekolah).9 Nyawa yang dikaitkan dengan masalah lemah jantung yang dihidapi oleh Intan Suriyati sangat merisaukan ibunya, Azizah. Intan yang sudah banyak kali hampir kehilangan nyawa telah disifatkan oleh ibunya sebagai anak yang memliki 9 nyawa sehinggakan kehidupannya bagaikan seekor burung dalam sangkar emas. Sentiasa diawasi dan dikawal. Dia tidak pernah bertanya kenapa dia dibesarkan dalam keadaan sebegitu. Kini, naluri wanitanya mula memberontak sejak bertemu dengan Khairil. Akhirnya dengan restu ibunya, Intan mendirikan rumah tangga dengan Khairil setelah Khairil berjaya meyakinkan Azizah mengenai keikhlasan hatinya.Namun, satu demi satu rahsia terungkai apabila rohnya terpisah dari badan dan berlegar-legar dalam satu dimensi lain di dunia. Ketika itu, Intan hanya mampu dapat berkomunikasi dengan Hakim, seorang lelaki yang buta matanya tetapi hatinya tidak pernah buta. Sepanjang terperangkap antara hidup dan mati telah banyak rahsia yang ditemuinya. Mengapa ibunya bersikap terlalu mengongkong hidupnya. Di mana ayahnya. Apakah kaitan keluarganya dengan Hakim. Dan siapa Khairil yang tiba-tiba hadir dalam hidupnya?Garapan idea dari muka pertama hingga muka akhir novel berjaya diimbangi oleh penulis, Ramli Awang Murshid meskipun corak penceritaan dan thriller cerita ini boleh diteka oleh pembaca yang meminati novel beliau. Penulis novel ini berjaya mengaitkan kejadian demi kejadian yang akhirnya didalangi oleh seseorang yang mungkin tidak disangka-sangka oleh para pembaca.Novel ini juga telah membawa pembaca meniti ruang masa dengan teknik penceritaan imbas kembali, masa hadapan, dan kembali ke masa yang lampau. Novel ini boleh dibanggakan kerana penulis sentiasa mengaitkan pelbagai situasi dengan nilai kemanusiaan dan keagaamaan. Penulis juga berjaya mewujudkan satu perasaaan berbangga dalam diri pembaca sebagai rakyat Malaysia. less
Reviews (see all)
gretch
~~~ mule2 penim jgk bile bace buku ni.....kompius pun ade...last2 baru dpt bace dgn tenang....hehee
jessica
Plot yang turun naik membuatkan pembacaan menjadi sangat seronok. =D
Vickie
mood baca buku ni... @#%@#*&%
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)