Rate this book

Cinta Sufi (2010)

by Ramlee Awang Murshid(Favorite Author)
4.39 of 5 Votes: 1
languge
English
genre
publisher
Alaf 21 Sendirian Berhad
series
Laksamana Sunan
review 1: Cinta Sufi novel keempat dari siri Laksamana Sunan.pada awalnya siri ini hanya berakhir pada bku empat namun disambung hingga yang terbaru buku keenam.semakin lama semakin lari dari tujuan buku ini.saya lebih suka jika penulis tidak menyambung trilogi Sunan ini.makin panjang kisahnya,makin banyak lompong dalam plotnya.Dari Serigala Jadian hingga Hantu Galah dan Pontianak penulis mengorek semua lagenda Melayu untuk disumbat.saya perhatikan penulis semakin kurang membuat kajian untuk siri ini tidak seperti Ungu Karmila dan Hatiku Di Harajuku walau mungkin jenis penceritaan ini tidak begitu memerlukan kajian kerana hanya perlukan imaginasi penulis yang diadun dengan bahasa yang cantik nah ini novelnya.saya sangat kritikal dalam beberapa aspek namun saya hanya akan petik satu ... moresahaja iaitu komunikasi.bagaimana Catalina bangsawan Portugal boleh berkomunikasi dengan orang Melayu tanpa Penterjemah?
review 2: Buku keempat daripada siri Laksamana Sunan. Tak tahu bagaimana mahu mengulasnya :) Saya sudah ingat-ingat lupa cerita-cerita sebelum ini.Dalam novel ini, Sunan sudah kembali dari zaman masa hadapan dan terdampar lemah. Hilang kudratnya kerana tubuh tidak mampu menampung keadaan transisi dirinya yang merentasi zaman. Namun beberapa peristiwa berlaku dan Sunan dibantu untuk pulih oleh bangsa Polip. Dalam masa yang sama, Sunan kembali ke tahun 1511 di mana saat itu Portugis sedang menyerang Melaka dan akhirnya Melaka berjaya ditawan.Takdir menentukan bahawa seorang balu bangsawan Portugal telah datang ke Melaka bagi melaksanakan misinya mencari Mariam di Hulu Melaka. Pencariannya juga berpusat kepada "lelaki bertanduk dua".Seperti kisah yang lalu, tugas Sunan masih lagi memerangi makhluk jahat dan Taghut. Sekadar pandangan peribadi, kisah ini terlalu banyak bercampur dengan cerita rekaan penulis menyebabkan saya berasa sedikit keliru. Mungkin tidak bagi orang lain :) Secara keseluruhannya ia masih menarik dan memberi pengajaran. less
Reviews (see all)
KatrinaB
Mati itu pasti. Hidup...InsyaAllah
johndeeregirl
i hate the ending
lydia
superb!!
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)