Rate this book

Ikhlas, A.K! (2011)

by Nirrosette(Favorite Author)
3.88 of 5 Votes: 1
languge
English
publisher
Jemari Seni Sdn. Bhd.
review 1: AK Adam Khalish dikategorikan lelaki masjid bergandingan dengan Nur Kaseh Kaisara yang playgirl dan merupakan anak jutawan? Mudahkah Adam membentuk Kaseh andai kata Kaseh degil dan keras hati? Ceritanya mudah kerana watak Kaseh adalah seorang gadis yang menurut kata dan sudah tentu dia mendapat hidayah dari Allah. Bukan senang juga Kaseh nak tinggalkan kehidupannya yang penuh keseronakkan dunia dan bff dari kecil Syera. Tapi dia nekad apabila Adam memberinya peluang 3 bulan untuk saling mengenali sebelum Adam menerima Kaseh sebagai girlfriend. Dalam tempoh itulah Adam mendidik Kaseh tentang Islam. Kesian sungguh Kaseh yang lahir sebagai Islam tetapi fardhu ain langsung tak tahu sehingga perlu masuk kelas asas. Apabila nak berubah, ada sahaja halangan. Paling kasihan apabil... morea ditentang mummy dan daddy Kaseh sendiri sehingga Adam diugut dan dipukul supaya meninggalkan Kaseh. Ikutilah kisah Kaseh dan Adam yang mencari keredhaan Allah dan dalam masa yang sama perlu patuh pada kehendak ibu bapa yang menuntut pengorbanan cinta mereka yang baru bertunas.
review 2: Ini kali pertama hamba membaca hasil jemari seni Nirrosette (seriously, how to pronounce this ya?) dan secara total hamba menyukainya. Maka, hamba fikir tiadalah pembelian ini menjadi pelaburan sia-sia. Berbaloi jugalah kan. (^_^)Ikhlas, A.K! membawa sebuah kisah yang hamba kira berada pada level ke-klise-an yang selamat kerana jalan ceritanya bukanlah sesuatu yang baru tetapi tidak pula terlalu bersepah di pasaran seperti kisah kahwin paksa (which sadly, harus hamba akui hamba pun suka baca kadang-kadang :-P). Inilah kisah seorang gadis 'sesat' bernama Kaseh dan seorang 'budak masjid' bernama Adam. Dan, hamba sangat kagum dengan Nirrosette kerana berjaya mengemudi perwatakan dan menceritakan perjalanan kisah hidup Kaseh dengan agak baik.Kesilapan, pembelajaran dan pembetulan - seharusnya penulis diberi markah tinggi untuk ini kerana Ikhlas, A.K! membekalkan kita dengan sebuah kisah yang merangkumi semua elemen itu. Kisah Kaseh yang digambarkan tersasar jauh dari landasan agama, bagaimana dia mula belajar dan akhirnya membetulkan kesilapannya diceritakan dengan agak realistik serta tersusun. Dan ya, hamba sendiri terkesan untuk mempelajari sesuatu dari watak Kaseh.Selain itu, gaya bahasa juga adalah antara penyebab utama hamba tidak ragu-ragu memberi 4 bintang untuk novel ini. Gaya bahasanya tipikal santai tapi sangat segar. Love! (^_^)Hanya, seperkara yang hamba kurang berpuas hati tentang novel ini iaitu Syera dan Aiman. Hamba merasakan Kaseh (ataukah penulis?) terlalu cepat berputus asa dengan mereka berdua. Dan, kalau benar sebanyak yang dikatakan sayang Kaseh pada dua teman baiknya, Kaseh tidak akan secepat itu mengalah. Malahan tiada percubaan jelas yang dilakukan oleh Kaseh untuk membawa teman-temannya berubah ke arah kebaikan bersama-sama. Syera dan Aiman malah dibiarkan terus hanyut begitu. Dan, Adam jelasnya cukup bias dalam hal ini. Dia cuma peduli untuk 'memberi tunjuk ajar' pada Kaseh seorang sahaja nampaknya.Tetapi, keseluruhannya Ikhlas A.K! agak lengkap sebagai sebuah novel. Gaya bahasa yang segar, jalan cerita yang menarik (serta sangat manis di beberapa babak ;-D) dan paling utama membekalkan pengajaran berguna untuk para pembaca. p.s Hamba tak tahu betapa padannya gabungan warna biru dan merah jambu sehingga hamba melihat kulit buku Ikhlas A.K!. Nampak comel!p.s (lagi :-P) Faiz dan Husna.... so sweeeeeeet! Hehehe. less
Reviews (see all)
Nicoler
I enjoyed this! So many lessons I learnt in this. The guy is such a role model!
CarrieK
a great book with a a lot of useful messages , kudos nirrosette! :)
Makailaann
poyo. tak kena jiwa.
lester
Best! Worth reading
sandra
AWESOME
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)