Rate this book

Tombiruo Terakhir (2004)

by Ramlee Awang Murshid(Favorite Author)
3.89 of 5 Votes: 6
languge
English
genre
publisher
Alaf 21 Sdn Bhd
series
Tombiruo
review 1: Acap kali penulis melihat buku-buku tulisan Ramli Awang Murshid (RAM) di kedai-kedai buku. Biasanya akan tertulis "Novelis Thriller No 1 Malaysia" di bawah nama pengarang. Nama (RAM) juga banyak kali muncul dalam novel Amerika. Tapi entah kenapa baru kali ini hati ini terbuka untuk membeli dan membacanya, walau ramai teman yang telah lama menjadi 'fan' kepada RAM. Kalau di Sabak Bernam (merujuk kepada Pejabat Daerah Sabak Bernam) tu, hampir kesemua pegawainya adalah 'die hard fan' (kipas susah mati?) RAM. Dan dalam banyak-banyak hasil karya RAM, penulis memilih Tombiruo Terakhir.Tapi penulis bukanlah hendak menulis mengenai apakah isi Tombiruo Terakhir (TT), sebabnya, dah banyak sangat diulas oleh blogger yg telah membacanya, yang kebanyakannya sekadar menyalin balik apa y... moreang tertulis di muka terakhir TT. Penulis hendak berkongsi rasa setelah menikmati TT.Seperti sebelumnya, membaca novel bagi penulis ibarat menikmati hidangan. Kalau santai isinya, novel itu samalah seperti sarapan pagi atau minum petang, tapi kalau berat, samalah ianya seperti makan tengah hari atau makan malam. Dan TT adalah ibarat "blind lunch date". Perasaan berdebar-debar dan dont know what to expect tu memang menguasai diri (macam masa Sabariah first time nak jumpa Kasim Selamat tu). Macam manakah TT ni? Khabar mengatakan TT ni mengenai kisah cinta, yang islamik, kasih sayang, suspens, debaran asmara dan pertelingkahan (juga menyalin daripada muka terakhir TT). Apakah?Penulis mengaku sememangnya amat jarang membaca novel Bahasa Malaysia, lagi-lagi dengan genre thriller. Maka penulis mengambil jalan menerima dengan hati terbuka. Just baca dengan hati terbuka, look at the presentation, enjoy the aroma and the taste. Chew it slowly, savour it and try to digest. Wallawey, macam komen juri pertandingan masakan lak...And its true...I really need sometime to appreaciate something new. This is a good meal, eh, work. RAM really a good author, a damn good one! Penulis tak pernah rasa jemu bila mula membaca TT. Yang paling menyerlah adalah jalan ceritanya. RAM kelihatan sangat berusaha menjaga kualiti TT dengan membuat homework yang rapi. TT bukanlah ibarat bedtime story yang boleh disimpulkan dalam masa lima minit!Dengan main ingredient yang sangat strong seperti Ejim aka Amaruddin aka Tombiruo, TT merupakan hidangan yang sukar ditolak. Ditambah dengan gaya penceritaan yang sarat dengan imbas semula (flashback), dan karektor antagonis yang terkadang bersifat baik seperti Dr Haslia dan pak usunya, Tan Sri Nasir, TT memang sesuatu yang bagus. Lagi satu, selitan unsur ketuhanan terutama yang ditonjolkan oleh Ejim (sifat sabar tahap dewa), adalah suatu nilai tambah yang bukan calang-calang. Ah, sebagai suatu hidangan baru, penulis rasa sangat berbaloi memilih TT.Kalau adapun kelemahan TT, penulis rasa dalam pengulangan sesuatu peristiwa, ianya ibarat kesilapan yang disengajakan untuk pembaca beringat bahawa ketidaksempurnaan adalah manusia dan itulah keistimewaan spesis kita. Oh, sesungguhnya penulis mula jatuh cinta dengan buah tangan RAM meski TT adalah pelengkap kepada sebuah trilogi dan penulis sudah gila kepayang pada perkenalan pertama. Siapa peduli? Kan jodoh itu sememangnya gila...
review 2: Dr. Haslia membawa Ejim ke Kuala Lumpur untuk melakukan pembedahan plastik ke atas muka Ejim. Tanpa dijangka,muka Ejim menyerupai arwah Amiruddin,adik kembarnya. Hasilnya,wujud konflik cemburu dan cinta antara Ejim,Wan Suraya,Tan Sri Nasir dan Dr. Haslia. Akibatnya,Ejim atau Amaruddin menjadi mangsa. Dia diherdik dan disisihkan di 'hutan batu' Kuala Lumpur.10 tahun kemudian,Ejim telah berkeluarga. Namun,rasa rindunya pada Hutan Keningau telah menyebabkan dia membuat keputusan untuk meninggalkan isteri dan anaknya buat sementara waktu. Bukan itu sahaja,dia juga menyedari bahawa terdapat 'Tombiruo' baru yang menjaga hutan tersebut!Tombiruo Terakhir merupakan novel ketiga dan terakhir (berkemungkinan) di dalam trilogi Tombiruo. Secara peribadi,saya amat meminati novel yang ketiga ini. Malah,inilah novel yang terbaik berbanding dua novel yang sebelumnya. Apa yang unik,pada pendapat saya adalah penulis telah berjaya menyampaikan konflik antara watak-watak dengan baik. Sehinggakan saya turut bersimpati dan berasa kasihan dengan nasib yang menimpa Ejim. Konflik cinta empat segi juga telah berjaya disampaikan dengan baik,terutamanya yang melibatkan Ejim-Dr. Haslia-Wan Suraya-Tan Sri Nasir.Tambah menarik,terdapat juga 'cross over' di dalam novel ini yang menyaksikan kemunculan semula watak Hilman (ADAM) di dalam beberapa bab di dalam novel ini. Dari segi pengembangan plot dan jalan cerita,penulis telah berjaya mematangkan diri dari aspek ini. Jalinan ceritanya mantap dan mudah difahami,walaupun kadang-kala diselangkan dengan babak-babak 'imbas semula'. Dari segi dialog,saya memerhatikan terdapat beberapa kelemahan. Kelemahan ini dapat dilihat di dalam dialog antara watak pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Terdapat beberapa penggunaan perkataan di dalam dialog yang diulang-ulang dan tidak begitu sesuai digunakan pada watak mahasiswa.Namun,kelemahan ini tidak menghalang saya untuk menobatkan novel ini antara karya Ramlee Awang Murshid yang terbaik. Sekali lagi,adunan antara thriller,aksi,cinta,Islamik dan kekeluargaan menjadi resepi beliau untuk menghasilkan sebuah novel yang amat menarik untuk dibaca dan menyentuh perasaan para pembaca novel ini. less
Reviews (see all)
kan
tak suka endingnye. xikut citerasa aku. p tetap best bila boleh gabung dengan Novel ADAM plak.
mandy
Apabila mula membaca novel ini, saya tidak boleh berhenti.
manishi
Sambungan daripada buku Semangat Hutan!
neno
okay. saspen jugak lah :P
12345
Best!
Write review
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)